Thursday, May 29, 2008
Wednesday, December 06, 2006
PEMANCAR dan Kuda
PADA 25-26 November 2006 Kelab Radio Amatur dan Rekreasi Terengganu (PEMANCAR) telah berjaya dalam membantu kelancaran Kejohanan Sultan’s Cup Terengganu Endurance Challenge 2006 di Lembah Bidong, Merang, Setiu.
Seramai 50 orang ahli telah terlibat ditugaskan bahagian pelepasan dan penamat, bilik kawalan serta menjaga 24 check point. Sebelum memasuki hutan, bacaan doa selamat telah diketuai oleh En. Mohd Rasidi Al Munir bin Aziz (9W2ICT), Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Raja.
Kategori yang dipertandingkan iaitu 26km, 40km, 80km dan 160km hendaklah melalui check point yang ditetapkan. Laluan mencabar seperti kawasan hutan, kawasan tepi pantai, kawasan berbukit dan ladang ternakan ayam. Mereka turut melalui kawasan pertanian seperti tembakau, kelapa sawit dan nagasari. 12 Water Point telah disediakan untuk air minuman kuda dan membasah tubuh kuda.
Penyertaan bukan sahaja dari Malaysia tetapi mendapat sambutan peserta dari negara luar seperti Brunei Darulssalam, New Zealand, Belgium, Singapura, Australia, Indonesia dan Amerika Syarikat. Amat dipuji rider (penunggang kuda) kerana mereka sempat bertanya kabar dan berjenaka walau pun dalam keletihan.
Selain ahli kelab perlu mengetahui fungsi radio amatur mereka juga perlu mengetahui tingkah laku kuda yang mudah terkejut. Nasib baik belum ada lagi kuda yang terkejut dan terlatah macam manusia.
Ada kuda yang takut kepada bayang pokok bergerak-gerak. Mungkin ia menyangka binatang. Maka terpaksa ahli kelab membantu menarik kuda tadi melintasi bayang untuk meyakinkannya bahawa tiada apa-apa bahaya. Ada kuda terkejut kerana salah seorang berada di situ menutup pintu kereta dengan kuat. Kuda itu hampir melompat namun sempat dikawal penunggangnya.
Seorang ahli kelab hendak memberi minuman kepada penunggang tetapi kuda itu terkejut dan cuba melarikan diri. Ada juga kuda yang takut pada cahaya pelita yang dipasang di sepanjang jalan laluan. Kemungkinan cahaya berkelip-kelip menyebabkan ia ketakutan.
Check point ke-12 dianggap mencabar sebahagian ahli kelab kerana berhampiran kubur cina di sekitar Bukit Bidung Darat (terdapat juga sebuah kubu tentera dibina pada tahun 1940). Ada beberapa kejadian misteri turut dialami ahli kelab. Namun keseronokan mengatasi ketakutan.
Bilik kawalan radio amatur juga mendapat kunjungan ahli tentera dan pegawai kerajaan datang berbincang tentang sistem komunikasi. Beberapa orang turut berminat dan berdaftar menjadi ahli PEMANCAR.
Kemungkinan besar tugasan lebih berat akan diberi kepada PEMANCAR di Kejohanan Fei World Endurance Championship 2008 di Lembah Bidong, Setiu pada 1-2 Ogos 2008 akan datang. Kejohanan tersebut menawarkan hadiah lumayan sebanyak USD500,000.00.

Sunday, July 30, 2006
Misteri di Kundasang
KUNDASANG terletak di Ranau, Sabah terkenal sebagai pekan sayur-sayuran dan kawasan pergunungan yang sejuk. Di pagi hari kita boleh melihat keindahan matahari terbit berlatarbelakang Gunung Kinabalu.
Kundasang War Memorial yang terletak di pekan Kundasang adalah bekas kem tahanan tentera Jepun. Antara petikan tercatat pada 'Kinabalu War Memorial Kundasang and Australia' ialah :
“Semasa Perang Dunia Kedua, tawanan perang tentera Australia dan British dipenjarakan di Sandakan oleh pihak tentera Jepun. Tawanan perang pertama tiba dari Singapura dan mereka dipaksa untuk membina landasan kapal terbang tentera Jepun pada bulan Julai tahun 1942 dan menjelang pertengahan tahun 1943 lebih dari 1800 orang tawanan perang Australia dan 750 orang British menjadi buruh paksa di kem tahanan ini.”
“Keadaan hidup yang payah dan keadaan tempat kerja yang teruk wujud di kem tahanan ini. Tentera Jepun dan Pegawai Formosa yang sangat kejam terhadap tawanan perang dan bilangan tawanan perang yang mati pun meningkat terus sepanjang tahun 1943 dan 1944. Penduduk tempatan cuba sedaya upaya untuk menolong tawanan perang yang tidak berupaya itu kadang kala tidak menghiraukan ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh pihak tentera Jepun.”
“Menjelang tahun 1945 tentera Jepun risau bahawa pihak Bersekutu akan menyerang Borneo Timur. Akhirnya, tentera perang yang masih hidup itu iaitu seramai 1066 orang telah dipindahkan secara berturut dalam perjalanan maut sejauh 265km ke barat. Seramai 290 orang tawanan perang yang ditinggalkan di hospital di Sandakan telah meninggal dunia.”
“Lebih dari 1000 orang tawanan perang meninggal dalam perjalanan maut ini atau di Kem Tahanan Ranau. Sukar dipercayai bahawa enam orang tahanan perang yang kelaparan dan kurus kering itu telah berjaya melepaskan diri untuk mendedahkan tragedi perang yang mereka alami.”
“Dari 2500 tawanan perang di Sandakan, mereka inilah yang dapat pulang ke pangkuan keluarga.”
Ketika saya berada di atas bukit bekas kem tahanan itu, kawan saya (seorang paranormal) bercakap melalui radio amatur memberitahu ada batu permata berwarna merah berada di sekitar bunga kecil berwarna merah. Saya cuba mencari melalui getaran tenaga namun tidak dapat mengesannya dengan baik.
Dia turut memberitahu ada seorang lelaki berbangsa orang putih, kurus kering dan tempang di situ. Saya melihat sekeliling tiada seorang pun. Hanya saya seorang di situ.
Tiba-tiba saya merasakan ada sesuatu di belakang saya. Melalui pandangan rohani benar apa yang dikatakan kawan saya tadi. Rupa-rupa makhluk tentera orang putih mengikuti saya. Keadaannya lebih kurang seperti gambaran pada memorial. Sedangkan kawan saya itu berada di bawah bukit dan saya di atas bukit. Kami hanya berinteraksi melalui radio amatur sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)